Tuesday, April 6, 2010

1996

Ketika ini idealnya matlamat perjuangan, seni atas nama masyarakat..dan pelukis perlu meneroka keperitan untuk memulangkan semula nilai seni tadi pada masyarakat. Sampai sekarang saya masih mengukur kesetian pada cita-cita tersebut. Kalanya terjawab dalam permukaan kanvas, anak muda dan kanvasnya tanpa angan-angan dunia meterial zaman yg paling indah yang pernah saya lalui. En izat yang berdiri diantara kami melontarkan amaran " biasanya pelukis jujur dalam lukisannya hanya semasa di art school ". Suatu nilai (jujur) yang sering berbolak-balik antara celah2 jari. Semoga nilai tersebut kekal dan tetap antara kemahuan dan perbuatan saya.

Thursday, March 18, 2010

Jalan2 cari makan.

Secara sengaja saya meletakkan tajuk diatas, tidak untuk menghina anak afgan ini, tetapi secara sinis menyindir kita yang sentiasa kenyang dan bersantai mencari tempat makan yg dapat memuaskan kehendak diri. Seakan itulah aktiviti terbaik untuk diisi ketika lapang, dalam keadaan lain kita tidak melihat jauh dari ruang diri kita akan nasib orang lain. Apakah hidup kita sekadar memenuhi kehendak diri sendiri?
Bila melihat nasib anak ini terasa apalah yg ada pd mereka lagi, selain memenuhi keperluan fizikal untuk terus hidup keesoknya. Langsung tak terlintas dlm pemikiran mereka ttg agenda NEOCONSERVATISM, tapi negara dan hidupnya dilanyak sedemikian rupa atas matlamat yang kononnya baik. Esok anak ini akan memaksa kakinya melangkah lagi untuk misi
" jalan-jalan cari makan "

( Neoconservatism is a political philosophy that emerged in the United States of America, and which supports using American economic and military power to bring liberalism, democracy, and human rights to other countries.[1][2][3] Consequently the term is chiefly applicable to certain Americans and their strong supporters. In economics, unlike traditionalist conservatives, neoconservatives are generally comfortable with a welfare state; and, while rhetorically supportive of free markets, they are willing to interfere for overriding social purposes - sumber wikipedia.)


Tuesday, February 9, 2010

Hidup saya dan keinginan berkarya.

Tahun ini kerap kali berjumpa dgn bekas pelajar saya, mereka sungguh berbeza. Kalanya saya sendiri tak mengenali mereka menjadikan saya semakin tua dgn keadaan. Kehendak seni saya juga mula berubah, cuba untuk tidak mengisi rung perut semata-mata bila berkarya. Tersentak dengan keinginan untuk meninggalkan sesuatu yang boleh dijadikan panduan. Mereka( kehidupan saya ) telah banyak meninggalkan bekas yg perlu saya jejak kembali. Masa yang saya lalui dengan mereka perlu di pulangkan kembali. Itulah kehendak seni saya ketika ini. Mungkin esok berubah lagi ( saya gagal mentafsir kehendak masa depan ) siapa tahu. Mungkin berubah mengisi kehendak perut pula...namun saya menyukai jalan yang saya pilih ini. Cabarannya pasti ada dalam mana-mana perjalanan oleh sesiapa juga. Apa yang perlu saya pertahankan ' DRAMATIK ATAU TIDAK ' ianya satu nikmat kehidupan ( janji ALLAH )
Sudah 2 tahun saya meminggirkan kanvas dari 'kehendak perut' kalanya tercabar bila melihat kehendak keluarga yg gagal saya mewahkan. Tapi itulah ujian yang mereka perlu tempuh, hidup ini bukan untuk memewahkan nafsu. Mereka belajar begitu juga saya. Melukis bila perlu berkata-kata asalkan ianya tidak sia-sia ( sunnah nabi ) kalau perkara yang akan perkatakan itu sia-sia lebih baik diam. Tercari-cari juga bahasa visual yang tidak sia-sia..masih mencari dalam kesempatan nafas yang makin pendek ini. Alam ini sudah lama menjadi guru kepada makhluknya sekiranya kita membisukan nafsu dari berkata-kata.

Wednesday, January 27, 2010

Sudah lama saya kehilangan Jebat.

Bila membaca dua naskah tradisi melayu, nama Jebat dan Tuah sering menjadi pertimbangan saya, dijulang nama tersebut setiap kali memerlukan semangat kepahlawanan. Agaknya siapalah 'hero' anak2 dewasa kini. Itulah jebat dan tuah bagi saya, sekadar semangat dan di kenali dalam pembacaan dan konsep hulubalang melayu. Simbol setia pada tuah dan bijaksana ada pada jebat namun celanya sentiasa ada pada kedua-duanya dari pengamatan saya mereka meletakkan diri mereka sebagai manusia biasa dengan kecekalan untuk menjadi luar biasa.


Bila dewasa saya membaca sajak zurinah hassan ttg teja, jebat dan tuah ianya menyelongkar kemungkinan lain yang tidak terdapat dalam kedua-dua naskah tersebut. Saya terpingga-pingga memikirkan mereka. Bawah sedar saya telah kehilangan wira, yang amat saya perlukan. Hari ini saya mencari semula wira saya sebagai sandaran kepada kecekalan semangat yang hilang itu.

Mungkin saya sama dengan anak2 kini, kehilangan wira untuk disandarkan atas nama bangsa. Wira yang sempurna tanpa boleh dicela oleh sesiapa.

Saya anak bugis.

Bila terdengar berita Tan Sri Ghazali sudah meninggal ianya mengingatkan saya ttg sudara mara di kg. Secara kebetulan arwah merupakan penduduk asal. (kg Tengelan, mukim Telang, Kuala Lipis) Kampung tersebut telah ditinggalkan apabila ramai penduduknya meninggal dunia akibat taun sehingga membentuk evolusi kg2 selepasnya. Antaranya Kg Lubok Kulit iaitu kg saya, berbangga sungguh saya dilahirkan di sana dalam keturunan bugis. Semoga saya bukan golongan jahilliah seperti sabda nabi " assabiah itu jahilliah". Banyak yg menarik bila dilahirkan sebagai anak bugis antaranya saya dibesarkan dgn cerita2 (arwah tok dan moyang) tentang kepahlawanan@pendekar, ianya membentuk kekentalan jiwa dan semangat untuk melawan serta tidak menyerah kalah. Memang etnik bugis banyak terlibat dalam percaturan dunia melayu jadi banyaklah kisah yang dapat di perturunkan dari anak ke cucu. Akhir2 ini kecenderungan saya untuk bersilat kembali memuncak setelah begitu lama meninggalkannya. Tak sangka anak sulung saya juga sangat berminat, alhamdulilah kali ni setelah berguru di dua gelanggang silat, saya telah bertemu dengan satu hadis dan firman allah..bukan ttg silat tapi ttg persiapan untuk mempertahankan diri dari musuh. Memang itulah inti pati silat pun. Jadi setelah faham akan hadis dan firmah allah tersebut saya membetulkan tekad dan 'sikap' untuk kembali ke gelanggang silat. Menariknya pengasas silat yg saya belajar juga dari keturunan yang sama (bugis) dan ibunya juga berasal dari mukim Telang. Hebat betul percaturan ALLAH teringat akan firmannya "mereka merancang dan ALLAH juga merancang dan sebaik2 perancangan itu dari ALLAH ( lebih kurang  maksudnya ) Semoga saya bertemu 'jebat' dalam pertempuran saya.


Hebatnya 25 Jan 2010














Menariknya 25 jan ialah genapnya 6 tahun anak pertama saya. Sedang saya memerhati anak ke 2 merenggek manja, alhamdulilah. Buat masa ni doa saya dimakbulkan ALLAH agar tidak di uji dgn ujian yg saya tak mampu tanggung. 25(isnin) jan sekembali dari Perlis (kg isteri) saya sudah mempunyai tanda2 demam dan selsema( barangkali banyak dosa-dosa kecil ) Anak (haziq) ikut saya sekali lantaran kelakuannya di kg sangat membimbangkan saya. Harap dia membesar sebagai generasi ulul-albab, jadi biarlah dia membesar depan mata saya. Pagi tu dia mula bersekolah setelah hampir sebulan terlewat dari kawan2 lain dan saya ke klinik perlukan ubat sebagai penyebab kebesaran allah.
Lantaran masih pagi lagi dan dapat M.C saya ke galeri lukisan mengunjungi pameran rakan2 yang saya gagal memberi ruang masa dan perhatian sebelum ini. Di HOM dan NN galeri, timbul kesedaran tentang keseronokan melukis ketika itu. Bagi saya bila melukis keseronokan ialah proses menyiapkannya dan bila dibeli peminat(collector). Namun hari ini Collector sudah semakin berhati2 untuk membeli, bukan saja lukisan saya tapi pelukis lain juga. Risau memikirkan keadaan ini, percaturan wang untuk meneruskan karya seperti pertarungan antara 'nasi dan visi'.
'Nasi dan visi' itulah yang akan menjadi pertemputan hebat dalam kegawatan karya bila ekonomi semakin merudum. Setiap pelukis cuba mencari jalan selamat agar bakat tidak berkubur, terlalu mempertimbangkan soal 'nasi' meletakkan nilai karya pada kedudukan statik. Memperjuangkan 'visi' akan menjuruskan pelukis tersebut pada pertimbangan collector (seharusnya saya berfikir perlu ada peningkatan tanpa menyalahkan ekonomi), mungkin ada rezeki atau mungkin tidak. Saya tidak terkecuali untuk bertarung kali ni antara 'nasi dan visi'. Semoga ALLAH menduga saya dengan dugaan yang mampu saya tanggung.Amin

Thursday, January 21, 2010

anak-anak di SMK Kepong Baru















Menariknya bila menjadi guru dan mengenali mereka, kita akan melihat perubahan dalam diri anak-anak yang kita kenali seakan melihat anak sendiri membesar. Saya sentiasa bersyukur dengan kelebihan ini, mengenali mereka dari usia 13 tahun hingga 14 tahun kemudian saya bertukar ke Kota Damansara agak terperanjat bila salah seorang dari mereka dapat menghubungi saya melalui Face Book. Bila meneliti gambar, mereka telah matang dan dewasa tentu banyak pengalaman yg mereka kutip dalam hidup mereka dan membentuk tahap pemikiran serta keperibadian masing-masing. Sudah tidak ada lagi wajah anak2 manja dan sentiasa mengharapkan bantuan dari seorang guru. Semoga mereka berjaya dalam hidup dan sentiasa yakin, kejayaan dan kegagalan dalam hidup merupakan ilmu yang tidak mampu dijual beli. Kadang kala guru yang terbaik itu kesilapan, selagi kita sentiasa positif dan berusaha menetapkan matlamat yang sesuai dengan keupayaan sendiri.

Semoga kita ditakdirkan berjumpa kelak.