Bila membaca dua naskah tradisi melayu, nama Jebat dan Tuah sering menjadi pertimbangan saya, dijulang nama tersebut setiap kali memerlukan semangat kepahlawanan. Agaknya siapalah 'hero' anak2 dewasa kini. Itulah jebat dan tuah bagi saya, sekadar semangat dan di kenali dalam pembacaan dan konsep hulubalang melayu. Simbol setia pada tuah dan bijaksana ada pada jebat namun celanya sentiasa ada pada kedua-duanya dari pengamatan saya mereka meletakkan diri mereka sebagai manusia biasa dengan kecekalan untuk menjadi luar biasa.
Bila dewasa saya membaca sajak zurinah hassan ttg teja, jebat dan tuah ianya menyelongkar kemungkinan lain yang tidak terdapat dalam kedua-dua naskah tersebut. Saya terpingga-pingga memikirkan mereka. Bawah sedar saya telah kehilangan wira, yang amat saya perlukan. Hari ini saya mencari semula wira saya sebagai sandaran kepada kecekalan semangat yang hilang itu.
Mungkin saya sama dengan anak2 kini, kehilangan wira untuk disandarkan atas nama bangsa. Wira yang sempurna tanpa boleh dicela oleh sesiapa.
Wednesday, January 27, 2010
Saya anak bugis.
Hebatnya 25 Jan 2010
Menariknya 25 jan ialah genapnya 6 tahun anak pertama saya. Sedang saya memerhati anak ke 2 merenggek manja, alhamdulilah. Buat masa ni doa saya dimakbulkan ALLAH agar tidak di uji dgn ujian yg saya tak mampu tanggung. 25(isnin) jan sekembali dari Perlis (kg isteri) saya sudah mempunyai tanda2 demam dan selsema( barangkali banyak dosa-dosa kecil ) Anak (haziq) ikut saya sekali lantaran kelakuannya di kg sangat membimbangkan saya. Harap dia membesar sebagai generasi ulul-albab, jadi biarlah dia membesar depan mata saya. Pagi tu dia mula bersekolah setelah hampir sebulan terlewat dari kawan2 lain dan saya ke klinik perlukan ubat sebagai penyebab kebesaran allah.
Lantaran masih pagi lagi dan dapat M.C saya ke galeri lukisan mengunjungi pameran rakan2 yang saya gagal memberi ruang masa dan perhatian sebelum ini. Di HOM dan NN galeri, timbul kesedaran tentang keseronokan melukis ketika itu. Bagi saya bila melukis keseronokan ialah proses menyiapkannya dan bila dibeli peminat(collector). Namun hari ini Collector sudah semakin berhati2 untuk membeli, bukan saja lukisan saya tapi pelukis lain juga. Risau memikirkan keadaan ini, percaturan wang untuk meneruskan karya seperti pertarungan antara 'nasi dan visi'.
'Nasi dan visi' itulah yang akan menjadi pertemputan hebat dalam kegawatan karya bila ekonomi semakin merudum. Setiap pelukis cuba mencari jalan selamat agar bakat tidak berkubur, terlalu mempertimbangkan soal 'nasi' meletakkan nilai karya pada kedudukan statik. Memperjuangkan 'visi' akan menjuruskan pelukis tersebut pada pertimbangan collector (seharusnya saya berfikir perlu ada peningkatan tanpa menyalahkan ekonomi), mungkin ada rezeki atau mungkin tidak. Saya tidak terkecuali untuk bertarung kali ni antara 'nasi dan visi'. Semoga ALLAH menduga saya dengan dugaan yang mampu saya tanggung.Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)