Tuesday, January 12, 2010

Kesedihan memulakan sejarah 2010




Ni art work terbaru, salah satu skecth utk the 'the great malaysian portait'. Lazimnya saya menulis ttg painting dan diri saya. Bila di fikirkan semula, terlalu ke 'akuan' sedang matlamat hidup dalam islam bukan begitu.
Show kat NN mula pada 16 jan 10. Kalau nak tau lebih lanjut ayuh ke NN galeri di Ampang.

Sedihnya ttg th 10, Mesir tutup pintu sempadan Gaza utk Viva Palestina. Zalim dan keterlaluan. Sedang mereka saudara seagama.


Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari sahabat Ibnu Umar:

"Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian."

Terlalu banyak lagi penjelasan Nabi S.A.W Dan firman ALLAH tentang bersaudarnya islam.


















Sedang kita membiarkan mereka tanpa bantuan. Sedih kerana kita melalui tahun baru sedang isu pelestin, iraq dan banyak negara islam lain yang di tindas sekadar menghingap telinga kita tanpa meninggalkan keazaman untuk berjihad.


Kiranya kita di tempat mereka..apakah kita akan menunggu detik 12 malam tiap kali menjelang perubahan angka zaman, Apakah kita juga mengharap simpati saudara seagama ? atau apakah kita baru mengingati tuhan.