Friday, September 18, 2009

Title : Landskap


 Inilah landakap yg saya lukis. Semuanya subjeknya
pemandangan hutan di kg saya.





Medianya water colour. Saya selalu masuk hutan
dengan saudara saya Rashid, memancing anak ikan di sungai kecil
sambil ambik gambar pokok2. Rashid org yang banyak berperanan
dalam kegiatan seni saya selain Dollah. Mereka lah yg sentiasa
menemani saya ke hutan dan menjadi model figura.




Yg ni pulak medianya Oil colour banyak karya landskap saya tidak
direkodkan. Masa tu tak sedar betapa bernilainya menyimpan data-data
tersebut. Malangnya hari ini untuk merekodkan semula art work lama
agar sukar kerana hampir semuanya telah di beli separuhnya di luar negara
di Belanda, UK. Saya sendiri tak sangka untuk langkah
pertama, pameran karya saya di terima baik oleh masyarakat seni tempatan dan
di luar negara.





Langkah seterusnya tentulah pameran solo,cabarannya
jauh lebih berat untuk digalas.




Title : Figura 3
















Masa show saya lukis figura & landskap walau pun sebenarnya saya
lebih mahir dengan figura. Ambil jalan selamat, alhamdulilah sambutannya
sangat positif. Ramai yang mencadangkan saya agar mengadakan pameran solo
imej figura kerana terserlah keupayaan saya dlm imej tersebut.

Title : Self potrait

 

Masa perasmian ramainya datang semua ni asing bagi saya,
bila wartawan interview berterabur saya memberikan penerangan. 
Masa tu rasa kecil sangat dalam lautan manusia, kadang2 tu menyorok
kat celah2 org lain..tapi tak berkesan sebab sudah diperkenalkan masa pelancaran,
org asyik bertanya macam2 soalan. Abg mark, Abg sham e lin dan elizebeth ( BWM )
paling banyak membantu. 
Collector art work ni Pn Seri Erina, ( sangat baik dan menyokong saya ) lama
dah tak jumpa dia. Harap dia masih sihat dan gembira. Macam mana kenal dia ?
Masa kami sama-sama terlibat dlm program 'Art for Health' di Hospital Selayang anjuran
Tab Creatif dan British Council.
Projek tu banyak menyedarkan saya ttg banyak kekurangan saya dalam hidup
dan erti syukur atas kurnian yg di beri.

Title : figura 4


 Bila semua dah dipersetujui saya pun balik kg, pening memikirkan apa yang
terbaik untuk dipersembahkan lalu semua art work lama diselongkar. Hampa sebab medianya gagal bertahan lama. Akhirnya saya buat keputusan untuk ‘back to basic’
buat konvesional painting. Mak saya sangat membantu sentiasa kemaskan bilik     
( merangkap studio ). Soalan cepu emas dia "ngah lukis apa ni"? Anak saudara ( Danish )
masa tu tinggal dgn kami krn maknya sibuk dan tok & neneknya tak boleh
berenggang. Dia paling takut masuk bilik saya kerana dia kata saya lukis hantu.
Selalu meninjau2 tepi pintu masa tu umurnya 1 th lebih. Kadang2 tu berlari
masuk bilik saya ambil berus untuk jadi mainannya. Kalanya saya risau penerimaan drp
pengemar seni terhadap karya saya.
"Ya Allah Kau kasihi mereka( mak dan abah ) seperti mereka
mengasihi aku semasa kecil"