Friday, September 18, 2009

Title : figura 4


 Bila semua dah dipersetujui saya pun balik kg, pening memikirkan apa yang
terbaik untuk dipersembahkan lalu semua art work lama diselongkar. Hampa sebab medianya gagal bertahan lama. Akhirnya saya buat keputusan untuk ‘back to basic’
buat konvesional painting. Mak saya sangat membantu sentiasa kemaskan bilik     
( merangkap studio ). Soalan cepu emas dia "ngah lukis apa ni"? Anak saudara ( Danish )
masa tu tinggal dgn kami krn maknya sibuk dan tok & neneknya tak boleh
berenggang. Dia paling takut masuk bilik saya kerana dia kata saya lukis hantu.
Selalu meninjau2 tepi pintu masa tu umurnya 1 th lebih. Kadang2 tu berlari
masuk bilik saya ambil berus untuk jadi mainannya. Kalanya saya risau penerimaan drp
pengemar seni terhadap karya saya.
"Ya Allah Kau kasihi mereka( mak dan abah ) seperti mereka
mengasihi aku semasa kecil"