Tuesday, February 9, 2010

Hidup saya dan keinginan berkarya.

Tahun ini kerap kali berjumpa dgn bekas pelajar saya, mereka sungguh berbeza. Kalanya saya sendiri tak mengenali mereka menjadikan saya semakin tua dgn keadaan. Kehendak seni saya juga mula berubah, cuba untuk tidak mengisi rung perut semata-mata bila berkarya. Tersentak dengan keinginan untuk meninggalkan sesuatu yang boleh dijadikan panduan. Mereka( kehidupan saya ) telah banyak meninggalkan bekas yg perlu saya jejak kembali. Masa yang saya lalui dengan mereka perlu di pulangkan kembali. Itulah kehendak seni saya ketika ini. Mungkin esok berubah lagi ( saya gagal mentafsir kehendak masa depan ) siapa tahu. Mungkin berubah mengisi kehendak perut pula...namun saya menyukai jalan yang saya pilih ini. Cabarannya pasti ada dalam mana-mana perjalanan oleh sesiapa juga. Apa yang perlu saya pertahankan ' DRAMATIK ATAU TIDAK ' ianya satu nikmat kehidupan ( janji ALLAH )
Sudah 2 tahun saya meminggirkan kanvas dari 'kehendak perut' kalanya tercabar bila melihat kehendak keluarga yg gagal saya mewahkan. Tapi itulah ujian yang mereka perlu tempuh, hidup ini bukan untuk memewahkan nafsu. Mereka belajar begitu juga saya. Melukis bila perlu berkata-kata asalkan ianya tidak sia-sia ( sunnah nabi ) kalau perkara yang akan perkatakan itu sia-sia lebih baik diam. Tercari-cari juga bahasa visual yang tidak sia-sia..masih mencari dalam kesempatan nafas yang makin pendek ini. Alam ini sudah lama menjadi guru kepada makhluknya sekiranya kita membisukan nafsu dari berkata-kata.