Monday, January 18, 2010

Show : Three Men & A Lady










Sabtu (16.1.10) lepas ke NN Galery, hari tu merupakan hari pertama show di NN
berlangsung sehingga 2 feb 2010. Secara kebetulan tarikh tu genap anak ke-2 saya berumur sebulan.
Banyak art work menarik yang dipemerkan, antaranya Helen Kim( pelukis Korea ). Agak lama kami berbual, terasa kagum tentang kesungguhan dia untuk muncul di tengah-tengah dunia seni Malaysia. Saya sendiri memang suka menyendiri dan sentiasa gemuruh bila majlis sebegini ( kelaziman dari kecil )tak dapat lari dari berbual dengannya, Lukisannya memaparkan kelembutan dan memang sesuai dengan pelukisnya.













nilah painting 'The great malaysia portait' berkisar ttg identiti. Bagi saya kita dipaksa untuk
menerima identiti baru atas nama perpaduan tanpa asas yang jelas. Dengan berbagai kongres budaya
untuk menentukan dasar akhirnya ianya tidak membawa ke mana-mana kerana setiap bangsa memperjuangkan keperibadian masing-masing. Tapi kita terus mencuba untuk 'melukis semula wajah
kita' dan setiap kali mencuba ianya meninggalkan ruang kosong ( kekeliruan )














yang diisi oleh elemen lain kerana pengaruh globalisasi, bagi saya tidak seharusnya jati diri sesuatu bangsa
di 'tikus putih'kan tanpa kajian menyeluruh dan tergesa-gesa...kerana hasilnya mengikis kefahaman tentang diri kita.