Thursday, September 17, 2009

Final year Uitm 1999

Kami semua sibuk sangat, tidur yang sangat kurang kadang kalanya
terlupa makan. Baju saya pula bau kayu terbakar, rensin dll. Masa tu
studio macam rumah je biasanya malam sampai ke pagi. Lepas tu sorang2
hilang dalam mimpi masing2. kuliah pun dah kurang subjek tertentu je.
 
Ni lah hasilnya. Zaman ni semua meluap2 luap nak kemukakan
konsep baru dalam seni visual ( painting ) nak lari dari media konvesional 
idolanya zaman Rusia 1919 Constructivism (art) muncul nama beberapa nama 
dalam pengetahuan saya seperti Veldimir Tatlin's dll yang bergiat cergas dalam
gerakan tersebut. Kaji punya kaji inilah..karya saya, nak hasilkan bukanlah sukar
bagi saya. Memang dari kecil ( ting 3 ) selalu ikut org kerja kontrak( kerja ni saya 
teruskan sehingga tamat di UiTm ) bila cuti sekolah, jadi kemahiran bertukang tu
memang dah ada.

 
 Masa tu pensyarah saya pening tengok kami, maklumlah kebanyakkan
kami sendiri pun pening dgn diri sendiri. Bila 'meating part 8' fine art nampak
sangat en Izad, en Daud, en Aznan, en Syed dll risau maklumlah kami batch pertama fine art
UiTM perak, kami pulak buat2 'confidence' campur muka mengantuk je.
 Bila team UiTM ( pensyarah senior ) datang melawat kami barulah
mereka lapang dada dan bangga dengan kami. Terlupa nak cerita zaman
ni kami kerap bertelagah dan berpuak-puak gara-gara memperjuangkan
aliran dan pegangan seni kami..semuanya masih mentah lagi dan memandang seni 
dalam sudut yg sangat ideal. Semuanya ada rahmatnya kerana setiap puak
sentiasa mengkaji dan membaca untuk pertahankan ideology masing2.


















Pengaruh kami untuk pertahankan ideology menjalar sampai ke junior
dah makin besar puak, meriah sungguh zaman tu..masa minum kat 
hasnah tomyam pun kami tak cerita merapu. Topik perbualan tentulah pasal
seni menghujahkan idea org lain dan diri sendiri. 
Tapi bila sampai satu tahap saya sendiri dah bosan dan buat hal sendiri
bagi saya biarlah.. setiap org ada hak dan pertimbangan diri sendiri untuk 
menentukan pilihan mereka.
 
Jadi saya membisukan keadaan sekeliling dan buat hal sendiri,
arwah zabri ( rakan sebilik selama 4 th ) dan ' ro-ro' ( sharul ) 
yang selalu jadi rakan berbual mereka ni cool dan malas nak campur 
'peperangan ideology' janji kerja siap dan 'tip top'.

















Cerita ttg arwah zabri beliau berasal dari kelantan, seorang 
pengarca yang gigih dan berbakat. Sharul pula pengarca seramik
yang suka makan sotong sebab tu masa final dia buat arca sotong
banyak2. Merekanya ni banyak kisah dengan saya
 
maklumlah duduk satu rumah selama 4 tahun. Perkara yang paling 
susah nak lupa arwah zabri selalu tegur budak2 perempuan kalau 
tak bertudung. Sharul pulak telinganya pelik sikit, bila saya tanya
dia kata ayahnya suka main telinganya sampai jadi .......
Sampai masa kami semua mengahiri zaman UiTM kami, saya rasa bersyukur
dan puas dengan apa yg saya hasilkan. Rensin, grinder, drill, skru, net, rensin
kain organza dll menjadi media saya dengan siri 'lelaki tanpa wajah' saya menghujahkan
kritikan sosial saya secara visual.
Marilah kita sedekahkan pahala Al Fatihah untuk arwah Zabri semoga Allah
meletakkan rohnya dalam taman-taman syurga allah dan memandang
amal baik yang beliau kerjakan.