Thursday, September 17, 2009

Two view 2001

 

Selepas habis belajar berkerja di Sri Hartamas sbg "illustrator"
masa tu meluap-luap nak buat art work yg saya suka, kebetulan
sykt Shell tempah empat lukisan utk syarikat tersebut. Balik ke kg
selongkar warna dan nekad berhenti kerja dan jadi pelukis sepenuh
masa. Seronok tuhan je yg tahu, kemudian kumpul semua art work
yg pernah dilukis masa di Uitm jual untuk sara hidup.
First collector saya Abg mark & abg Sham..paklang Kassim yg perkenalkan
paklang ni pun pelukis ( jutawan krn hasil seni ) melukis sebelum saya lahir lagi
terima kasih kerana memberikan kepercayaan dan peluang. Sampai sekarang merekalah 
yg banyak memberi galakan dan pandangan ttg lukisan saya.
Alhamdulilah tuhan membuka ruang dgn mempertemukan saya dgn mereka.