Monday, October 12, 2009

Let me speak 2002



















Selepas 'Two view' membara semangat nak buat pameran solo,
kali ni biarlah semuanya figura. Ingatan ttg siri 'lelaki tanpa wajah'
meninggalkan bekas, berbekalkan kefahaman sama saya mengolah
semula maksudnya dalam 2D. Alhamdulilah ideanya membuak-buak
menyuntik keyakinan dalam setiap nadi untuk yang di hemburkan atas
permukaan kanvas.



















Sebelum show En Pakaruddin & Pn Fatimah beli skecth dan berjanji nak
datang untuk melihat karya saya. Mengeletar dan bersyukur bila di khabarkan
berita tu, sapa yg tak kenal en Pakaruddin dan isteri. Macam dapat 'lesen besar'
kalau dia dah mula beli, sebab dia collector yg sangat disegani.
Shownya pulak Dr Steve Wong beli salah satu painting..seronok satu lagi 'lesen
besar' saya dpt. Seterusnya Pn Seri Liz Moggie, Mark Gibson & Shamsu Yusof,
Ruby Loo, Richerts Certis, E lin, Zabidi sultan, chef Wan dan banyak lagi nama yg saya
tak terfikir mereka akan beli painting saya.





















 
Painting di atas Chef Wan yang beli, kelakarnya
dia kata painting tu macam masa dia pening masa
fikirkan resepi masakan. Show ni kebetulan dia yang
rasmikan maklumlah kami sama2 berasal dari Kuala
Lipis, Pahang. Saya tumpang tuah dia aje, terima kasih
semua atas sokongan.



Dlm show ni skecth yang paling banyak saya pamerkan,
masa tu entak kenapa seronok sangat buat skecth. Satu painting berpuluh
sekcth saya buat.









Inilah sebahagian art work dalam pameran 'Let me speak'