Monday, October 12, 2009

Open show 2001











Kali pertama art work masuk 'balai' masa show ni. Seronok tak terhingga
maklumlah setiap kali hantar tapi tak berjaya. Kemudian dlm show yg sama
art work tu terjual pulak, seorang collector Belanda yang beli


kebetulan dia singgah ke 'balai' malangnya flight dia keesokan harinya.
Jadi dalam kelam kabut, Pn Zanita ( kurator BSLN ) tel saya bertanyakan
harga painting tersebut. Kebetulan pulak masa tel pagi tu saya masih tidur
lagi ( terbiasa berjaga melukis sampai subuh kemudian tidur sampai t/hari )
bila tersedar dan bercakap dgn Pn Zanita barulah sedar harga yg saya
sebutkan jauh lebih murah berbanding yg saya hajatkan. Tak palah rezeki dia,
dia nak beli pun dah kira syukur. Esoknya 'Give me a strength' ke Belanda.